28 June 2012

Malaysia u22 vs Taiwan u22 Live Score

Petang ni perlawanan kelayakan Piala Asia bawah 22 antara skuad Malaysia bawah 22 lawan Taiwan bawah 22. Sebelum ni skuad Harimau Muda telah menang besar ke atas Filipina dengan 7-0. Taiwan pula kalah 8-1 pada Korea Selatan.


Perlawanan ketiga untuk Malaysia. Andai menang ke atas Taiwan petang ni, Malaysia akan duduki tempat kedua dibelakang Korea Selatan dan bakal ke peringkat seterusnya. Kalau kalah dan Myanmar menang ke atas Korea Selatan, Malaysia akan jatuh ke tempat ketiga. Peluang untuk ke peringkat seterusnya masih ada cuma perlu mengharapkan pasukan tempat ketiga dari kumpulan lain tidak lebih mata berbanding Malaysia.

Dibawah ialah link untuk keputusan secara live


Kedudukan penuh Malaysia 4 Taiwan 2. 

Duit Terkoyak Tiada Nilai

Dalam minggu lepas, aku tak sedar macam mana aku dapat duit RM 5 yang terkoyak. Tiba-tiba je bila aku nak bayar guna duit RM 5 tu, cashier kedai pulangkan balik sebab koyak. Terkejut aku sebab duit yang koyak tu langsung takde nilai dah. Duit tu jadi tak bernilai sebab no siri duit tu dah hilang. Nak tukar dekat bank pun bank tak terima sebab takde no siri.



Aku pun bila dapat duit koyak ni jadi serba-salah. Nak bagi dekat orang lain dikira menganiaya orang. Tak bagi aku pula yang rugi RM 5. Pening kepala aku dibuatnya. Aku rasa aku patut simpan je duit ni. Mana tahu, lagi 30 tahun duit jenis corak ni dah tak pakai lagi, harga dia lebih tinggi dari nilai sebenar. Boleh kaya aku.

Pada sapa-sapa diluar sana, sebelum ambil duit tu, periksa la dulu duit tu kot-kot terkoyak macam ni. Kalau ada yang koyak boleh tukar. Dan pada sapa-sapa yang ada duit koyak tu, janganlah menganiaya orang lain. Tak elok menganiaya orang tau.



21 June 2012

Ultrabook Bakal Ganti Notebook?

Sejak akhir, banyak pembuat komputer dan laptop memberi tumpuan dalam segmen ultrabook, Ini kerana notebook mendapat persaingan yang tinggi dari tablet. Setakat guna untuk online dan kerja-kerja ringan baik guna tablet berbanding notebook. Tablet lagi ringan, senang dibawa dan mempunyai jangka bateri yang panjang.


Sebabkan fenomena ultrabook kini makin menjadi, aku pun mula memasang impian untuk memilikinya satu hari nanti. Aku jangka ultrabook bakal menggantikan notebook dalam tempoh kurang dari 2-3 tahun lagi. Jadi tak salah untuk jadi antara orang terawal yang memiliki ultrabook. Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah harga ultrabook yang terlalu tinggi. Harga terendah dalam sekitar RM2000 hingga ke Rm3500. Memang mahal untuk student cam aku,

Ultrabook menjadi pilihan aku sebab ringan dan mudah dibawa ke mana. Kalau nak ke kelas tu tak lah berat sangat beg. Kemudian, bateri yang tahan lama. Ada setengah ultrabook boleh tahan sehingga 10 jam. Biasanya dalam sekitar 6-7 jam. Bertambah mudahlah nak buat assignment dekat library yang tak cukup plug tu. Tak perlu risau bateri akan habis dengan cepat.

Minggu lepas Acer telah lancar Ultrabook Aspire S5 model kedua selepas Aspire S5. Harga permulaan RM3499. Memang mahal tapi aku yakin model S3 akan turun harga. So boleh la aku kumpul duit sehari seringgit untuk beli S3.




Macam mana? Lawa tak? Nak tahu lebih lanjut korang leh google sendiri jenis ultrabook yang ada dekat pasaran dan korang tengok sendiri. Mana tahu ada yang berkenan dihati ke. Boleh la sambar satu.

Pagi Terakhir Ke Kuliah

Bangun awal pagi di hari terakhir ke kuliah untuk study test kejap lagi. Hari ni adalah hari terakhir untuk ke kuliah untuk semester ini sebab esok kelas semua dibatalkan. Hari ni pun kelas start pukul 10.30 tapi terpaksa bangun awa untuk test.


Sepatutnya bangun pukul 4 pagi tapi mengantuk punya pasal pukul 6.30 baru bangun. Harap sempatlah nak study sikit. Ada 2 bab kena study lagi. Orang kata study awal pagi cepat faham sebab otak tengah segar selepas berehat panjang. Harap dapat bantu aku untuk faham dan ingat apa yang aku belajar selama ni.



1 Bab yang panjang dan memeningkan untuk hafal dan faham dalam masa yang singkat. Tapi kita cuba jela setakat mana yang kita mampu. Ada rezeki boleh jawab. Tapi harap boleh la jawab.

20 June 2012

Celotah Waktu Petang

Masuk hari ni dah hari Rabu. Tnggal berapa hari je lagi untuk minggu ni habis. Minggu depan dah mula study week sebelum final exam. Final exam pertama untuk ijazah.


Selalunya waktu kat asasi dulu, hujung sem macam ni, segala test dan assignment sudah selesai. Minggu terakhir hanya habiskan bab yang belum belajar atau buat revision atau kelas dibatalkan. Tapi time ijazah ni, minggu terakhir ni ada 3 test yang bakal diharungi. 2 test bertulis, 1 test oral untuk bahasa arab. Adui pening kepala fikir semua ni. Untuk bahasa arab kemungkinan besar akan ada kelas ganti waktu study week sebab ada bahasa arab ada 2 test lagi tak buat. Memang kena buat kelas ganti la jawabnya.

Tadi baru je selesai assignment group untuk bahasa arab. Assignment yang kena berlakon dalam bahasa arab. Baru tahu susahnya nak jadi pengarah filem. Baru buat filem pendek durasi 10 minit pun dah susah apatah lagi filem lebih 1 jam. Tapi yang pasti filem kami buat tu lebih baik dari filem kutip RM40 juta. kih kih kih.

Cukup la celoteh petang ni. Saja je nak bagi blog ni berupdate walaupun apa yang diupdate tu takde isi langsung. Takda la berserawang dan berhabuk blog ni. Esok ada 2 test yang perlu diharungi. Wish me luck!!. Okay nak pergi baca buku jap.


Wordless Wednesday- Ibu Dan Anak Kucing

19 June 2012

Masalah Berkaitan Domain Baru

Baru ni dapat domain percuma dari pak cik aku yang buka kedai komputer. Dia dapat domain percuma dari HP sebab pak cik aku ni banyak berhubung dan menjual produk HP. So, pihak HP pun bagi domain percuma dekat dia. Bukan satu tapi ada dalam lebih kurang 7. Time aku pergi kedai pak cik aku, pak cik aku bagi kat aku domain tu pasal tak pakai.


Domain percuma yang aku dapat tu jenama Sharksurf. Selalunya Sharksurf ni untuk domain business bukan untuk personal web. Bila sebut business harga dia pun bukan murah. Hampir Rm799 untuk starting. Tiap-tiap tahun RM 299 untuk renew domain.

Apa yang jadi masalah sekarang ni, aku tak reti nak bina web tu. Domain dah daftar tapi nak design web tu aku tak berapa nak reti. Nak setting DNS, PHP, FTP semua benda tu tak di ajar. Bila tanya pada admin Sharksurf diorang suruh ikut je apa benda yang telah di email kan pada aku. Diorang email kat aku ialah senarai web yang berkaitan dengan domain aku seperti control panel dan total web lite. Memang aku dah ikut tapi takda arahan macam mana nak ubah DNS, FTP semua benda tu. Aku yakin DNS dan FTP adalah benda penting untuk buat domain baru.

Jadi , aku nak minta pada sesiapa yang sudi tolong selesai masalah aku sekarang ni. Korang boleh email dekat aku adib920707[at]gmail[dot]com. Harap ada yang sudi tolong

18 June 2012

Minggu Terakhir Kuliah

Pagi Isnin terakhir untuk sem ini. Terasa cepat je masa berlalu. Masih ingat lagi hari petama datang ke Uitm Shah Alam. Datang penuh azam untuk belajar. Okay aku tipu. Sedar-sedar je dah minggu ke 14 pembelajaran. Maksudnya minggu terakhir sebelum final. Hooyeah!!!!

Kehidupan di Shah Alam agak baik. Walaupun dah duduk sini lebih 3 bulan tapi aku tak pernah pergi mana-mana. Hanya pergi Jusco Bukit Raja untuk main futsal dan tengok wayang. Sunway Piramid ke, SACC ke, Pavi ke, atau mid valley langsung tak pernah jejak. Sedihnya aku :(.

Walau[pun minggu ni minggu terakhir sebelum final exam, tapi aku masih ada 2 test yang perlu diharungi. Test untuk subjek yang aku rasa aku failed untuk test pertama. Harap untuk test kali ini, aku harap aku dapat markah tinggi sekaligus untuk cover balik test hari itu.

Untuk final exam dalam 2 minggu lagi, harap aku dapat buat dengan baik. Sasaran pointer sem ni ialah 3.4. Kalau aku dapat 3.4 ke atas maka peluang untuk bawa kereta sem depan cerah. Sebab itu yang dijanjikan mak kepada aku bila aku minta nak bawa kereta. Akhir kata dari aku, doakan aku dan kawan-kawan kelas Islamic Banking A agar kami dapat pointer yang tinggi. Amin

24 April 2012

Akhirnya Blog Berupdate

Masuk minggu ni dah 8 minggu aku biarkan blog ni bersawang. 8 minggu bersamaan 2 bulan. 1 tempoh yang panjang. Sasaran 2012 untuk fokus pada blog agak sukar dicapai kalau perkara macam ni berterusan.

Sejak aku mula sambung belajar ni, memang aku takda masa untuk berblogging. Setakat blogwalking je yang aku mampu. Aku keluar pergi kelas pukul 7.30 dan balik ke rumah waktu petang dalam pukul 4 atau 6 petang. Bila balik badan dah letih nak online pun takda mood. Malam pula digunakan untuk buat assignment dan study. Jadi waktu nak online dan update blog pun takda masa.

Sekarang ni aku tengah cuti mid-sem. Jadi aku ada masa untuk update blog. Masa yang banyak ni aku nak gunakan untuk blogwalking dan update blog selagi aku mampu dan ada idea. Kadang-kadang aku terfikir macam manalah blogger lain dekat luar sana boleh update blog walaupun diorang ada kerja lain perlu dilakukan. 

Nampaknya aku kena perbaiki pengurusan masa hidup aku agar walaupun aku sibuk dengan kuliah tapi aku tetap ada masa untuk update blog. Doakan semoga aku berjaya.

04 March 2012

Malam Terakhir Di Rumah

Malam ni malam terakhir aku di rumah selepas bercuti selama 6 bulan. Dah lama sangat duduk rumah rasa berat hati je nak tinggalkan rumah. Tapi nak kena pergi juga demi masa depan.


6 bulan lepas aku secara rasmi tamat pengajian asasi di Uitm Kedah. Isnin ni aku akan sambung ke peringkat ijazah pula di Uitm Shah Alam. Walaupun tak dapat sambung law, tapi aku dapat perbankan islam. Pilihan aku ke-4. Walaupun pilihan pertama tak dapat tapi tetap bersyukur dapat juga sambung ke peringkat ijazah.

Inilah padahnya bila duduk rumah lama sangat tanpa ada buat apa. Bila nak sambung balik perasaan malas tu menguasai diri. Tambah pula aku tak kerja. Memang bertambah malaslah. Aku harap otak aku ni mampu menerima ilmu-ilmu baru yang aku akan terima nanti.

Pagi nanti (ahad) akan bertolak ke Shah Alam dan masuk ke rumah sewa. Harap rumah sewa okay. Hari Isnin baru pergi daftar kat Uitm. Kalau suruh masuk kelas terus masuk jela. Aku harap semua berjalan dengan lancar sampai tamat belajar.

26 February 2012

Carling Cup Final 2011/2012 Cardiff City v Liverpool

Malam ni pukul 12 waktu Malaysia perlawanan akhir Carling Cup antara Cardiff City v Liverpool. Sebagai rakyat Malaysia dan penyokong Man Utd sudah pasti aku akan sokong Cardiff City. Walaupun atas kertas peluang Liverpool lebih cerah tapi tak mustahil kejutan bakal berlaku.


gambar dari google

24 February 2012

Asal Usul Kewujudan Taming Sari

Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.

Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.

Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.

Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….

Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.

Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.




Apa pendapat korang bila baca kisah ni? Sama ada taming sari itu cerita ini benar hanya Allah saja yang tahu.



sumber sini.

23 February 2012

Maaf Sebab Lambat Balas Komen

Entri ni aku nak minta maaf pada sesiapa yang komen pada entri aku di sini. Aku lambat approve komen korang disebabkan kesilapan aku pada email. Aku dengan tak sengaja telah tanda butang spam setiap komen dari intensedebate. Jadi segala komen yang perlu di approve tak masuk ke peti masuk tapi masuk ke spam. Kesilapan aku tidak check email di spam semalam.


Aku lebih suka guna komen intensedebate berbanding komen yang disediakan blogger sebab intensedebate menawarkan commentluv. Commentluv ni adalah 1 plug in yang bawa fungsi setiap kali anda komen di blog, secara automatik entri terbaru korang dapat disiarkan di bawah komen tersebut. Aku mahu bagi peluang pada korang yang komen di blog ni dapat promote entri korang melalui commentluv ni.

Kalau tak silap aku, untuk blog yang guna blogger sebagai platform, hanya intensedebate saja yang tawar commentluv ni. Masalahnya aku tidak jumpa cara-cara dekat intensedebate ni untuk setiap komen tidak perlu di approve. Agak sukar setiap orang nak tinggalkan komen kerana perlu diapprove terlebih dahulu. Dan untuk dapatkan komen yang banyak untuk setiap entri pun berkurang kerana masalah ni.

Jadi aku nak minta maaf sangat-sangat pada yang komen semalam. Aku lambat approve komen korang. Kalau ada sesiapa tahu cara setiap komen di intensedebate tak perlu di approve sila tunjuk ajar pada saya. 


















p/s: banyak sangat bahasa rojak..akan diperbaiki masa depan

22 February 2012

Wordless Wednesday #5 Mee Combat Taiping












p/s: singgah Taiping tak pekena mee combat ni tak sah.

16 February 2012

Topup RM 5 Dari Kementerian Belia Dan Sukan

Bila buka je email pagi tadi, aku terbaca 1 email dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Email tu bagitau yang aku dapat top up percuma bernilai RM 5. Topup ni diberi pada semua belia yang ambil bahagian dalam survey pasal Parlimen Belia. Survey ni dijalankan dalam bulan 11 atau 12. Aku tak ingat sangat tarikh yang tepat.

Sebenarnya aku pun dah lupa  pasal survey ni pasal dah lama. Aku dapat tau survey ni pun dari blog joegrimjow . Nak join survey ni kita kena daftar dengan KBS. Aku sebenarnya dah berdaftar dengan KBS sewaktu aku pergi Perhimpunan UMNO. Dah alang-alang berdaftar baik aku buat je survey tu. Bukan susah pun. Isi-isi je ruang kosong.

see email tu sebagai bukti


Bila dah dapat hadiah ni terasa seperti dihargai. Lepas ni aku ingat nak lebih aktif dalam belia. Banyak aktiviti yang dijalankan beri manfaat pada aku. Bukan setakat manfaat duit je. Pada sapa-sapa yang nak join tu boleh daftar di sini  Untuk dapat maklumat lanjut tentang aktiviti di sini










p/s: rezeki jangan ditolak maut jangan dicari


15 February 2012

Nasihat Adi Putra Sempena Valentine Day

Maaf entri ni agak lambat ditulis. Sepatutnya ditulis semalam bertepatan dengan apa yang aku nak kongsikan dengan semua orang. Aku pun baru dapat tahu pasal nasihat Adi Putra ni tadi. Korang tengok dan renungkan bersama.







Ayatnya memang power sampai menusuk kalbu orang kata. Harap kita ambil pengajaran daripadanya.






ps: dapat gak update blog walaupun tiada idea

14 February 2012

Sasaran Ranking Alexa 2012

Tahun ni aku berazam untuk bagi perhatian yang lebih pada dunia blog. Walaupun blog ni dah lebih setahun tapi disebabkan kemalasan untuk update, aku biarkan blog ni bersawang untuk berbulan lamanya. Tapi tahun ni aku akan berusaha untuk update walaupun tiada idea.

Bagi blogger, ranking alexa ialah 1 penanda aras untuk mengukur kemajuan sesuatu blog. Melaluinya korang boleh tahu URL blog korang berada pada ranking berapa. Makin tinggi traffic makin tinggilah kedudukan blog korang. Sebagai contoh di Malaysia site no 1 adalah Facebook dan no 2 adalah Google. Laman web ni memang mendapat traffic yang tinggi dari pengguna di Malaysia.

Jadi tahun ni aku memasang azam untuk tingkatkan kedudukan aku mengikut ranking alexa tangga ke bawah 2000. Boleh capai ke? Tak mustahil kalau aku kerap update dan mampu tambah follower blog ni.

 

Alexa

 

Sekarang ni kedudukan blog ni hampir ke 5000 dalam Malaysia. Untuk mencapai sasaran kedudukan 2000 blog aku kena potong hampir 3000 websites. Bukan tugas mudah dan aku akan terus berusaha. Aku harap korang bantu dengan menjadi follower blog ni dan ajak juga rakan-rakan korang jadi follower blog ni. hehehe

 

 

 

 

 

 

p/s: cuti makin habis…akan kembali sibuk dengan kuliah dan assignment.

12 February 2012

Test 1 2 3

Entri ni ditulis untuk menguji Windows Live Writer (WLW) pada templates blog ni. Sebelum ni, bila tukar templates, mesti ada masalah bila nak update guna WLW ni. Ada yang tulisan terlalu kecil walaupun saiz fon biasa iaitu 11. Masalah lain spacing antara paragraph terlalu rapat sampai tak boleh bezakan paragraph baru atau paragraph lama. Macam-macam masalah lagi yang berlaku.

Aku sebenarnya lebih suka update blog guna WLW ni sebab lebih banyak pilihan dari segi fon dan saiz fon. Lagipun update blog guna WLW ni aku rasa macam  tengah buat assignment guna Word. Padahal update blog je pun.

Korang boleh download WLW secara percuma kat sini. Cubalah guna pakai WLW untuk update blog korang. Mana tau korang lagi seronok guna WLW. Tak perlulah korang buka blogger atau wordpress lagi untuk update blog. Selamat mencuba.

10 February 2012

Kisah Misteri Lelaki Bermotor Biru Part 2

Sambung cerita pasal lelaki misteri bermotor tu. Sapa-sapa yang tak baca lagi, boleh baca kat sini. Dalam entri lepas aku ada kata kejadian tu petang Jumaat waktu maghrib. Esoknya Sabtu aku kena balik ke Uitm Sungai Petani, Kedah pasal cuit mid-sem dah habis. Ahad kelas dah start. Hari Sabtu tu, aku dengan family aku bertolak lepas Subuh dari Bidor ke Kedah.

Tapi aku tak terus ke Kedah. Family aku singgah sekejap kat rumah tok aku di Semanggol Perak. Ayah aku nak pergi ke majlis Tan Sri Muhyiddin (TPM) yang datang ke daerah Kerian hari tu. So bila ayah aku pergi ke majlis tu, memang lewat la ayah aku akan balik. Mungkin petang atau malam baru aku sampai di Sungai Petani.


Kisah Misteri Lelaki Bermotor Biru

Entri kali ni aku nak cerita pasal kisah yang berlaku pada family aku. Kisah ni berlaku sekitar bulan 7 tahun 2011. Waktu tu aku tengah cuti mid-sem dan kalau tak silap aku, minggu perhimpunan Bersih 2.0 diadakan. 


Kisah ni bermula pada 1 petang hari Jumaat dalam sekitar pukul 7 malam. Dah nak maghrib. Waktu tu aku dekat rumah di Bidor Perak. Tiba-tiba ada seorang lelaki menaiki motor biru kriss bersama 2 orang anak dia bagi salam dekat rumah aku. Anak dia sorang lelaki sorang perempuan umur dalam 5-6 tahun. Rupa lelaki tu sedikit tinggi dan berkulit hitam manis.Aku ingat orang datang nak minta cop atau sign dari ayah aku. So mak aku pun keluar dari tanya ada urusan apa.

lebih kurang camnilah motor lelaki misteri tu


07 February 2012

Tips Blogger: Tempat Ping Blog

Kali ini aku nak share sikit pengetahuan aku dalam dunia blog. Apa yang aku nak share ialah tempat untuk ping blog. Bagi setiap blogger mesti nak bagi orang lain baca entri yang dibuat. Tapi macam mana nak bagi orang baca? Mudah saja dengan melalui ping. Sekarang aku nak sharekan tempat ping yang selalu aku pingkan blog aku.


Aku bahagi tempat ping pada 2 kategori. 1 untuk web dan lagi 1 untuk facebook. Senarai ping untuk web seperti dibawah :


06 February 2012

Glory Glory Manchester United

Malam tadi malam yang penuh mendebarkan. Malam tadi ada 2 game bola yang jadi tumpuan aku. Satu melibatkan Harimau Muda dan lagi satu membabitkan Manchester United. Satu berakhir dengan kekalahan dan lagi satu berakhir dengan penuh dramatik. Aku tak nak komen pasal HM pasal bagi aku HM tetap terbaik walaupun tak layak Olimpik 2012.



Sekarang aku nak cerita pasal game Man Utd lawan Chelsea. Game semalam aku layan dekat twitter je melalui tweet rakan-rakan. Maklumlah astro rumah aku takde pakej sports. First half dan awal second half memang down gila. Aku pasrah lepas Chelsea score 3-0. Fans Chelsea mula menganjing. Takpe aku tak kisah pasal aku pun suka nganjing gak bila Man Utd menang.


Gol penyamaan Hernandez yang superb!!



Tapi bila Rooney score 2 penalti, keadaan mula berubah. Fans Man Utd ramai dah mula tidur waktu kebangkitan Man Utd. Mungkin ingat Man Utd akan kalah. Tapi tidak bagi aku. Selagi tak ditiup wisel selagi tu maksud kalah tak wujud dalam hidup aku. Dan minit ke 81 Javier Hernandez score gol penyamaan. Jadi 3-3. Ramai fans Chelsea start meroyan. Tak puas hati dengan Howard Webb yang bagi 2 penalti. Lantak kome lah. Janji Man Utd menang. Puas hati aku. First half dinganjing habis game aku menganjing balik. kih kih kih. 

2
Hero Man Utd!!!!!









p/s: Forever Glory Glory Man Utd



gambar dari google

02 February 2012

Header Blog Baru

Buat pertama kalinya aku reka header untuk blog ni. Sebelum ni tak pakai header hanyalah tulisan. Tetapi selepas mendapat nasihat dari seorang sahabat mengenai templates baru ini kalau ada header lagi cantik, aku pun buat header untuk blog ni.


Menanti Keputusan Penerapan Uitm

Hari ni adalah hari penentu hidup aku. Aku akan dapat tahu keputusan pengambilan pelajar Uitm petang ini. Agak takut juga rasanya tak dapat course yang kita minta atau dapat kampus yang jauh. Aku ada tulis kat entri ini aku nak kampus mana. Tapi kalau dapat juga aku redha je.

01 February 2012

Iklan Panggung Sabtu TV3 Yang Kelakar

Tengah hari tadi waktu aku tengah layan game laptop depan TV, tiba-tiba keluar lagu Dari Sinar Mata. Mula-mula aku tak pandang iklan itu. Aku ingatkan iklan cerita ROCK atau album baru BPR. Sekali aku pandang rupanya Shah Rukh Khan tengah nyanyi. 


Dan paling buat aku gelak dengan iklan tu mimik muka dan mulut sesuai dengan lirik lagu. Memang lawak. Tema cinta hindustan dengan lagu BPR. Macam tak kena tapi TV3 mampu buat dengan baik sekali. Tahniah pada team yang buat iklan itu. Jom layan iklan tu kat bawah.









31 January 2012

Templates Blog Bermasalah

Bila buka blog pagi ini, templates blog aku ada masalah. Aku tak pasti punca masalah tersebut. Tapi masalah ini aku dah sedar bermula dari blog aku lagi satu. Tak sangka pula boleh merebak ke blog yang ini. 




Cuba korang tengok gambar dekat atas tu.  Aku tak tahu sebab apa templates tu jadi macam tu. Habis header belah atas tu. Rosak blog aku. Terpaksa aku tukar templates baru. Nasib baik aku ni jenis kaki download templates. Ada juga templates simpanan. Time emergency macam ini boleh juga guna.

Aku ingat nak kekal dengan templates di atas tu untuk tempoh yang lama. Tinggal harapan jelah. Terpaksa tukar baru. Tapi kali ini tukar bukan sebab aku nak tukar tapi terpaksa tukar. Aku harap korang selesa dengan templates baru ini. Aku akan perbaiki templates ini untuk lebih kemas dan ringan.






p/s: semakin rajin update blog.

30 January 2012

Selamat Tinggal Merbok

Semalam aku pergi ke Uitm Kedah untuk buat clearance nama. Maksudnya aku dah tamat belajar peringkat asasi. Tunggu masa untuk sambung ke peringkat ijazah pula.




Banyak kenangan dekat Uitm Kedah ni. Kenangan bersama kawan-kawan yang sporting paling best. Tidak kira senang atau susah, tetap bersama. Aku cuma berharap peringkat ijazah nanti aku tak sambung di Uitm Kedah juga. Biarlah kenangan di Uitm Kedah hanya bersama pre-lawrians.

Aku taknak taip panjang-panjang. Cukuplah sampai sini. Boleh menangis woo bila teringat semua ni.







p/s: idea update blog sudah ada. cuma nak taip je.harap kemalasan pergi jauh-jauh dari aku

27 January 2012

Luahan Rasa




Blog ni makin hari makin bersawang. Lama gila tak update. Kalau update pun hanyalah lirik lagu yang kena dengan mood time tu. Kalau tak jangan harap aku nak update ditambah dengan kekeringan idea.

Impian aku untuk lebih serius dalam dunia blogging tahun ini mungkin berkubur macam tu je kalau aku tak update blog dengan kerap. Maklumlah aku bukan blogger hebat yang ditunggu entrinya. Aku hanya budak yang baru belajar nak menulis. Banyak lagi aku perlu belajar dalam bidang menulis.

Aku selalu terfikir macam manalah agaknya blogger yang popular macam ariffshah dan denaihati dapat idea update blog. Selalu sangat update. Pernah 1 hari sampai 2-3 entri. Paling kurang pun agaknya 3 hari sekali. Macam mana nak dapat idea?

Tu baru cakap pasal idea. Belum lagi gaya penulisan. Gaya penulisan aku memang hancur. Banyak bercampur dengan perkataan ringkas dan bahasa pasar. Kalau buat karangan BM jangan harap nak dapat A+. Tapi aku akan terus belajar untuk perbaiki penulisan aku.

Tahun 2012 pun baru lagi. Bulan 1 pun tak habis lagi. Jadi aku ada 11 bulan penuhi impian aku untuk lebih serius dalam dunia blog. Harap anda memberi sokongan dengan membaca dan jadi follower blog ini.

Sekian Terima Kasih

22 January 2012

Perang Dah Tamat




Jom layan lagu nyanyian Malique feat Rabbani

14 January 2012

Kerlipan Cinta


Rabbani
Kerlipan Cinta


Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku 
Harum Rembulan Mawar 
Dingin Dihakis Keseorangan .... 

Aku masih menghitung diri .. 
Kesiangan yang panjang 
Ingin mengisi hati 

Padamu kasih 
satukan aku 
Dengan rahmatmu 
Dengan Kalimah 
Malam Siangku 
Berliku liku 
Duri Dugaan 
Siratan Cinta 

Biar di jemala mentari 
Biar di bahu gunung berapi 
pasrahku abadi untukmu ..untukmu 

Ku kembara setia disisinya ... 
Ku inginkan Bahagia abadi 
ku impikan sentosa dibawaha naungannya 
selamanya

11 January 2012

Wordless Wednesday #4





p/s: gambar sawah yang diambil guna phone galaxy ace..tak sebaik DSLR tapi mampu merakam detik indah dalam hidup   

06 January 2012

Hear Me Now






Bila aku dengar lagu Secondhand Serenade dari album Hear Me Now, aku suka dengar lagu yang last. Tajuk Hear Me Now jugak. Layan je dengar lagu tambah pulak suara penyanyi perempuan dalam lagu ni awesome.

Bila aku google lirik, aku tak tahu apa maksud tersirat lagu ni. Nak kata lagu jiwang aku rasa bukan. Macam universal sikit lirik dia. Sekarang aku nak share lirik lagu dan korang boleh assume ni lagu cinta atau bukan. Klik play untuk dengar lagu ni.


"Hear Me Now"
(feat. Juliet Simms of Automatic Loveletter)


I left everything behind me
Searching for the strength I thought I
Had inside me
Left you behind
So lonely
Praying for the day that you would somehow find me

I was young
You were wrong
But I tried
I was strong
And the years that I have lost are all I see

Hear me now
All I can say
Is I am not afraid
Of the world that I have tried to push away
I fight everyday
But I am to blame
I am not innocent
But I am not afraid

I lost all faith
Inside me
Still I find myself without the will to
Free me from you
I'm a slave
Unhappy
Wanting oh so much for you to someday
See me

Tell me how
I want to
Say it loud
I need you
To be the one who catches all my dreams


Hear me now
All I can say
Is I am not afraid
Of the world that I have tried to push away
I fight everyday
But I am to blame
I am not innocent
But I am not afraid
Anymore

I'm tired of sleeping
Alone I've been grieving
The life that I gave up to feel alive
I want to feel alive

I'm not afraid anymore, I'm not afraid anymore

I want to feel alive, I want to feel alive
I want to feel, I need to feel
I want to feel alive

Hold on tight
Let's make this right
Take me, make me
Feel alive tonight
















Sumber dari google



Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...