30 December 2011

Fibox Pengganti Shoutmix

Sedia maklum perkhidmatan percuma shoutmix akan diberhentikan dan blogger perlu beralih ke perkhidmatan berbayar menjelang Januari 2012. Ramai juga yang tak puas hati tapi shoutmix terpaksa buat begitu kerana tidak untung. 


Korang tak perlu risau bila shoutmix percuma diberhentikan. Kini sudah ada perkhidmatan yang mampu bagi cabaran pada shoutmix. Lebih menarik ianya milik anak tempatan. Perkhidmatan tersebut dipanggil Fibox. Aku dah pasang di blog ni dan uji sendiri benda ni. Memang terbaik!!



Bila aku guna shoutbox fibox ni, sewaktu aku tinggal jejak, gambar aku akan keluar di box. Bagi yang login guna facebook je yang ada gambar ni kalau tak silap aku. Bagi aku ini bagus untuk mengelakkan spam dan komen yang tak masuk akal seperti promosi iklan lucah.

Kedua kita boleh letak icon. Mungkin shoutbox lain pun boleh tapi icon disini ada pelbagai. Buat aku suka ialah ada icon yang selalu aku tengok kat 9gag. Ala icon yang trol orang tu. Icon Problem? tu la. Takkan tak tahu kot.

Sebenarnya banysk kelebihan yang aku nampak dalam Fibox ni. Tapi aku bagi 2 jelah. Kalau korang nak tau lebih lagi, cuba sendiri. Tapi bagi aku, Fibox memang puas hati. Cuma ia masih dalam beta version. Kalau dah official lauch mesti lagi banyak kelebihan. 

Pada yang nak tukar shoutbox sila guna Fibox. Aku cadang je kalau korang tak puas hati korang boleh guna shoutbox lain. Selamat bertukar.





p/s:harap takde spam kat shoutbox ni


gambar diambil dari google

29 December 2011

Cerita Azam Tahun Baru

2012 tak lama lagi. Aku yakin ramai antara korang akan pasang azam barukan? Azam 2011 dah tercapai ke belum? Kalau belum, seperti biasa sila bawa ke tahun depan.

Bagi aku, memang takde azam sempena tahun baru. Azam aku tak kira tahun dan masa. Tapi yang penting tercapai walaupun ambil masa yang lama. Kadang-kadang tu tak tercapai langsung. Nasib badan.





Apasal setiap kali sambut tahun baru, mesti orang tanya “apa azam kau tahun ini”?. Buatnya tanya tak kena time mau dibalas macam ini.

“Azam aku tahun ini nak lempang kau setiap kali kita jumpa”.

Tak ke dapat sedas dekat muka. Sibuk sangat nak tanya azam orang.

Pendapat aku, azam ni sebenarnya untuk motivate diri kita sendiri. Apa target kita untuk tahun ini dan apa kita perlu kita buat untuk capainya. Contoh pelajar sekolah. Sapa-sapa yang ambil PMR atau SPM mesti ada azam untuk straight A kan?

"Cikgu azam saya nak dapat 8 A dalam PMR saya cikgu"

"Sampai mana dah kamu buat revision?"


"err..belum start lagilah cikgu. PMR kan 3 bulan lagi. Rilek la cikgu."


Ikut dialog kat atas, aku rasa baik takyah ada azam. Buang masa.


Azam ini banyak popular di kalangan kaum wanita. Dan azam yang paling popular ialah nak kurus.. Ni lagi 1 penyakit pasal azam. Kalau nak kurus tak perlu tunggu tahun baru. Bila-nila masa je korang boleh kurus.


Realistik sikit azam tu. Macam nak kerja sungguh-sungguh sepanjang tahun. Jadi hujung tahun boleh naik pangkat. Baru ada signifikan dengan tahun baru. Atau nak kumpul duit, cukup duit boleh kahwin. Kan bermakna macam itu. 


Aku taknak komen banyak pasal azam ini. Baik aku fikir apa perancangan aku tahun depan untuk blog ini.








p/s: first time aku menulis keluar dari kebiasaan. masih tak biasa. harap anda sesuaikan diri.



28 December 2011

Wordless Wednesday #3




Ni salah satu sebab mengapa rakyat negara jiran tak menghormati negara kita. Kita terlalu beri muka sangat pada mereka.

09 December 2011

Renungan Untuk Si Anak

Our parents
Sayangi ibu bapa anda dan hargai mereka selagi mereka masih wujud.


sumber 9gag.com






07 December 2011

Wordless Wednesday #2

30 November 2011

Wordless Wednesday #1

21 November 2011

Rigid Gas Permeable Lense

Masuk hari ni dah 3 hari aku pakai contact lense. Bukan contact lense yang berharga rm40 sepasang tapi hard contact lense atau rigid gas permeable (rgp). Harga contact lense ni mencecah RM600 sebelah dan untuk sepasang dalam RM1200. Memang mahal tapi kalau dijaga dengan rapi boleh dipakai sehingga 1-3 tahun.

Sebenarnya aku pakai contact lense ni atas nasihat doktor mata disebabkan aku mempunyai masalah keratokonus. Keratokonus ni 1 penyakit berkaitan kornea yang menyebabkan kornea korang mempunyai bentuk yang berbeza dan tajam sedikit. Melalui contact lense rgp ni, kornea dapat dibentuk semula ke shape yang asal atau menahan kornea dari terus jadi tajam.

Aku menulis benda ini kerana aku lihat orang kita tak banyak mengetahui masalah berkaitan mata. Ramai kawan2 aku tanya kenapa tak buat pembedahan laser. Sebenarnya bukan semua penyakit korang boleh buat pembedahan laser.

Macam penyakit aku, 4-5 tahun lepas hanya guna contact lense saja rawatannya. Tapi baru ni, di USA dah ada treatment lain. Tapi still tak dapat sembuhkan penyakit itu. Cuma jangan jadi lebih teruk je.

Bila pakai contact lense ni, memang agak susah. Tambah pulak contact lense ni jenis hard. Memang korang akan rasa ada benda dalam mata. Memang tak selesa tapi nak buat camna kena pakailah juga. Dah lah mahal.

Lagi 1, contact lense ni nak jaga dia punyalah payah. Banyak sangat kena berhati-hati. Bagi yang baru guna contact lense aku ada video yang berguna untuk korang tips untuk pakai rigid gas permeable lense.



Aku tak tahu sama ada pakai soft contact lense sama dengan hard contact lense. Tapi aku rasa sama je kot. Tak banyak beza. Bagi beginner yang baru nak pakai itu, good luck k pakai benda ni.




p/s: aku dah pakai sejak form 3 lagi. tapi aku tak pakai. baru ni je aku rasa nak pakai balik tapi kena buat lain la .tu yang baru dapat.hehe

p/s II : segala info diatas tidak berapa tepat. Sedikit olahan dari fahaman aku apa yang diterangkan doktor pada aku. harap maklum.

16 November 2011

Persamaan YB Thailand Dan Patrick Star

Pagi tadi atau lebih tepat tengah hari bila aku baca paper, bahagian luar negara ada topik pasal ibu negara Thailand bakal berpindah. Cuba korang baca kat bawah ni.


Ibu negara Thailand ditukar ke tempat lain?

BANGKOK 15 Nov. - Seorang wakil rakyat Thailand hari ini mencadangkan di Parlimen untuk menukar lokasi ibu negara ke kawasan yang lebih selamat daripada ancaman bencana banjir.

Menurut pakar, Bangkok yang dibina di kawasan paya, mula tenggelam secara perlahan-lahan dan banjir yang sedang melanda kini mengepung kira-kira 12 juta penduduk bandar tersebut.

Ahli Parlimen Parti Peua Thai, Sataporn Maneerat berkata, Thailand perlu menilai untuk membangunkan dan melabur di bandar lain.

"Saya bersama 19 Ahli Parlimen parti ini bersetuju dan membentangkan satu usul kepada Parlimen untuk menubuhkan satu jawatankuasa mengkaji sama ada ibu negara perlu ditukar atau Thailand memerlukan ibu negara yang kedua.

"Bangkok semakin tenggelam pada setiap tahun. Ibu negara ini berdepan pelbagai masalah ekoran bencana alam," katanya.

Menurutnya, wilayah timur dan timur laut Thailand merupakan lokasi alternatif untuk dijadikan pusat utama ekonomi dan politik negara.

Sementara itu, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra hari ini memberi amaran bahawa beberapa kawasan di kota Bangkok berkemungkinan akan ditenggelami banjir lagi pada tahun depan, walaupun air mula surut di beberapa kawasan yang terjejas.

"Secara jujurnya, sudah tentu saya mahu melihat rakyat gembira menjelang tahun baru, namun tidak berani memberi jaminan Bangkok tidak akan dilanda banjir lagi pada tahun depan, terutamanya di kawasan barat yang masih belum surut," katanya.

Sebagai usaha untuk memulihkan semula ekonomi ibu kota Thailand ini, pihak berkuasa bertungkus lumus menyalirkan banjir menerusi laluan khas yang dibina di timur dan barat wilayah ini ke laut.

"Keadaan terkini terkawal selepas banjir disalirkan ke laut, namun masih bergantung kepada keadaan muka bumi sesetengah kawasan yang terjejas," ujar Yingluck.

Bencana banjir terburuk melanda Thailand sejak Julai lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 562 penduduk terbunuh, manakala berjuta-juta rumah musnah.

Sementara itu, pihak berkuasa hari ini membuka semula taman gajah utama di Ayutthaya dengan harapan ia dapat menarik kehadiran pelancong ke negara ini selepas dilanda bencana banjir besar. - AP/AFP



Bila aku baca je benda ni aku terbayang 1 episod cerita spongebob. Korang tengok sendiri video ni.



Macam mana?ada persamaan tak? Aku tak sure sama ada YB Thailand tu ikut idea patrick atau patrick ikut dia..tak pun dia tu patrick...gurau je


sumber dari utusan dan youtube


07 November 2011

Sukan SEA 2011 -Malaysia lawan Singapura

Petang ini jadi penentu sama ada Harimau Muda mampu kalahkan Singa Muda dalam perlawanan pembukaan sukan SEA. Bagi peminat Malaysia, mereka mengharapkan menang ke atas jirannya ini dan sekaligus memberi peluang untuk pertahankan pingat emas.


Percubaan

Sekali lagi aku bertukar templates. Itulah kerja aku asyik tukar template je. Kadang-kadang tu dalam sebulan sampai 2-3 kali aku tukar. Padahal blogger popular macam Denaihati dan Ariffshah tak tukar template untuk tempoh yang lama. 


12 October 2011

Unmistakable


Anytime, anywhere, anyplace
You could be anyone today
Maybe I would recognize you On a crowded street

Maybe you'll take me by surprise
Will you be the one I had in mind


There'll come a day
When you'll walk out of my dreams
Face to face
Like I'm imagining
Baby how can I be sure
That you're the one I'm waiting for
Will you be unmistakable

Unmistakable

People say we're watching our lives
Through a glass
Desperately waiting on a chance
I know you're out there
Holding on, holding out for me

How are we to know the time is right
What if you're here and I'm just blind
There'll come a day
When you'll walk out of my dreams
Face to face
Like I'm imagining
Baby how can I be sure
That you're the one I'm waiting for
Will you be unmistakable 


How can I know a song I never heard
How will I know your voice
When you haven't said a word

How do I know how this will end
Before we begin

Before we begin

There'll come a day
When you walk out of my dreams

Face to face (face to face)
Like I'm imagining (Like I'm imagining)
Baby, how can I be sure (how can I be sure)
That you're the one I'm waiting for (You're the one I'm waiting for)
Will you be (will you be)
Will you be (will you be)

Unmistakable
Unmistakable 

06 October 2011

RIP Steve Jobs

Berita yang mengejutkan dunia pagi ni ialah kematian pengasas bersama Apple iaitu Steve Jobs. Berita kematian Jobs sehari selepas Apple melancarkan Iphone 4s. Kehilangan yang besar untuk dunia gadjet.

 

Aku bukanlah pengguna tegar Apple buat masa sekarang tapi akan datang mungkin. Tapi bagi aku produk Apple memang best. Tengok jelah theme blog aku ni. Dah banyak theme aku cuba ni je yang menarik minat aku. Simple dan Elegance.

 

Steve Jobs dah banyak bagi sumbangan pada dunia gadjet dan komputer. Aku harap dengan kematiannya tak menyebabkan dunia gadjet menjadi lembap. But for Ifag dalam tempoh 2 hari Apple buat korang sedih. First korang tunggu Iphone 5 tapi yang keluar Iphone 4s dan hari ni kematian Otai Apple iaitu Steve Jobs. Sian kat korang.. Sabar jelah

02 October 2011

Ketagih Twitter

Sejak Facebook jadi makin teruk, aku dah beralih ke twitter. Ye memang twitter takde apa yang facebook ade tapi apa yang twitter ada buat aku gembira. Aku boleh update setiap 10 sec. Apa ada hal?

 

Twitter juga tempat luahkan perasaan walaupun takde sapa layan. Nasib badan. Seriusly twitter ni kalau guna tweetdeck lagi best dan mudah. Kita boleh tau sapa yang mention kita dengan lebih terperinci. Aku tak tau camna nak explain tapi korang cuba sendirilah. Baru tau kepuasannya.

 

Bagi yang anda akaun twitter tu boleh follow aku m_adibabdullah. Tak nak follow pun takpe. Aiman tak kisah.

Selamat Menduduki PMR 2011

Pada adik2 yang akan menduduki PMR hari Selasa ni, aku mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Waktu jawab tu jangan nak kelam-kabut sangat. Bagi yang cepat gelabah tu, tenang dan tarik nafas dalam2 pasal takda benda yang nak ditakutkan. Soalan tu tak makan korang punyalah.

 

Habis je PMR nanti, enjoylah sepuas hati korang dengan kawan2 pasal lepas ni belum tentu akan sekolah yang sama lagi. Bagi yang result gempak mesti pergi SBP takpun MRSM. Ada result yang ok pergi ke sekolah teknik. Tapi bagi aku belajarlah kat mana sekalipun, kalau korang sendiri yang nak belajar, tak perlu orang suruh korang sendiri akan buka buku. Tapi kalau dah ketegaq sangat tak boleh nak tolong dah.

 

Bagi adik2 yang time trial tu dapat result teruk jangan gelabah. Dunia belum kiamat lagi. Aku time ujian dulu kalau subjek science susah nak cecah 50 tapi time PMR boleh je aku dapat B. Apa yang penting study last minute. Tips ni aku tuju kat budak laki je pasal perempuan susah sikit nak study last minute. Tak masuk kata diorang. Entahlah aku pun tak tau diorang ni.

 

Last dari aku, dah lama tak menaip blog secara serius, so sori kalau tak menepati piawaian ISO:9001. Aku akan perbaiki dari hari ke hari.

Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...