24 April 2012

Akhirnya Blog Berupdate

Masuk minggu ni dah 8 minggu aku biarkan blog ni bersawang. 8 minggu bersamaan 2 bulan. 1 tempoh yang panjang. Sasaran 2012 untuk fokus pada blog agak sukar dicapai kalau perkara macam ni berterusan.

Sejak aku mula sambung belajar ni, memang aku takda masa untuk berblogging. Setakat blogwalking je yang aku mampu. Aku keluar pergi kelas pukul 7.30 dan balik ke rumah waktu petang dalam pukul 4 atau 6 petang. Bila balik badan dah letih nak online pun takda mood. Malam pula digunakan untuk buat assignment dan study. Jadi waktu nak online dan update blog pun takda masa.

Sekarang ni aku tengah cuti mid-sem. Jadi aku ada masa untuk update blog. Masa yang banyak ni aku nak gunakan untuk blogwalking dan update blog selagi aku mampu dan ada idea. Kadang-kadang aku terfikir macam manalah blogger lain dekat luar sana boleh update blog walaupun diorang ada kerja lain perlu dilakukan. 

Nampaknya aku kena perbaiki pengurusan masa hidup aku agar walaupun aku sibuk dengan kuliah tapi aku tetap ada masa untuk update blog. Doakan semoga aku berjaya.
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...