10 February 2012

Kisah Misteri Lelaki Bermotor Biru

Entri kali ni aku nak cerita pasal kisah yang berlaku pada family aku. Kisah ni berlaku sekitar bulan 7 tahun 2011. Waktu tu aku tengah cuti mid-sem dan kalau tak silap aku, minggu perhimpunan Bersih 2.0 diadakan. 


Kisah ni bermula pada 1 petang hari Jumaat dalam sekitar pukul 7 malam. Dah nak maghrib. Waktu tu aku dekat rumah di Bidor Perak. Tiba-tiba ada seorang lelaki menaiki motor biru kriss bersama 2 orang anak dia bagi salam dekat rumah aku. Anak dia sorang lelaki sorang perempuan umur dalam 5-6 tahun. Rupa lelaki tu sedikit tinggi dan berkulit hitam manis.Aku ingat orang datang nak minta cop atau sign dari ayah aku. So mak aku pun keluar dari tanya ada urusan apa.

lebih kurang camnilah motor lelaki misteri tu





Lelaki tu jawab nak minta sedikit derma/duit untuk tampung perjalanan dia dari Klang Selangor ke Jitra Kedah. Isteri dan anak dia lagi sorang ada duduk di masjid. Maksudnya dia berlima naik motor dari Selangor nak ke Kedah. Bila dengar cerita lelaki tu, mak aku memang tak percaya. Memang tak logik dek akal. Selangor-Kedah bukan dekat tambah pula naik motor sambil bawa anak kecil pula tu. Memang tak logik.

Lelaki tu pun bagitau lagi yang dia tak makan apa dari pagi. Hanya karipap yang dibeli untuk anak dia 3 orang makan tengah hari. So, bila dengar cerita tu, mak aku tak percaya dan ingat orang ni ada niat menipu dan cadang pergi ke masjid sebab waktu dah nak maghrib. Time maghrib selalu pengerusi masjid ada di masjid. Pengerusi masjid ni pemurah orangnya. Orang dalam kesusahan sekurang-kurang boleh tolong guna duit sendiri dulu kalau masjid takde duit cash. Jadi lelaki tu pun balik semula ke masjid. Kalau lelaki ni menipu, dan dapat duit dari pengerusi masjid atau dari duit masjid, faham-faham jelah akibatnya kan.

Cerita ni tak habis sampai sini. Ada part 2. Aku takut panjang sangat nanti orang tak faham. Sambung lain kali ye.





p/s: ini adalah cerita benar. Bukan tipu atau cerita lawak.
p/s: sambungannya selewatnya tengah hari 10 february 2012.
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...