26 February 2012

Carling Cup Final 2011/2012 Cardiff City v Liverpool

Malam ni pukul 12 waktu Malaysia perlawanan akhir Carling Cup antara Cardiff City v Liverpool. Sebagai rakyat Malaysia dan penyokong Man Utd sudah pasti aku akan sokong Cardiff City. Walaupun atas kertas peluang Liverpool lebih cerah tapi tak mustahil kejutan bakal berlaku.


gambar dari google

Perlawanan akhir yang menarik sebab bakal menemukan 2 pasukan dari 2 negara berbeza. Liverpool dari England dan Cardiff City dari Wales. Dari apa yang aku baca dekat skysport, lagu negara tak akan dimainkan sebelum perlawanan bermula bagi mengelakkan penyokong boo sesama sendiri. Terbukti perlawanan ni bukan sahaja melibatkan maruah kelab tapi maruah negara juga terlibat.

Perkara yang menarik perhatian aku pada perlawanan malam ni ialah 2 pemain yang bersepupu yang bakal bertembung sama sendiri. Pemain yang dimaksudkan ialah kapten Liverpool Steven Gerrard dan pemain Cardiff City Anthony Gerrard. Aku baru tahu yang diorang ni sepupu. Patutlah nama sama. Harap diorang beri aksi yang terbaik. Paling penting keluarga Gerrard akan menang carling cup ni tak kira pasukan mana yang menang.

Untuk yang tak kesempatan nak tengok live kat TV, boleh tengok kat twitter dengan hashtag #carlingcup atau live result dekat goal.com. Aku macam biasa layan dekat Twitter je. Astro takda pakej Sports. Apa hal pun aku harap Cardiff Cuty mampu menang.












p/s: apasallah MU tak masuk? kecewa betul aku
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...