26 February 2012

Carling Cup Final 2011/2012 Cardiff City v Liverpool

Malam ni pukul 12 waktu Malaysia perlawanan akhir Carling Cup antara Cardiff City v Liverpool. Sebagai rakyat Malaysia dan penyokong Man Utd sudah pasti aku akan sokong Cardiff City. Walaupun atas kertas peluang Liverpool lebih cerah tapi tak mustahil kejutan bakal berlaku.


gambar dari google

24 February 2012

Asal Usul Kewujudan Taming Sari

Kata Sang Raja Wali lagi : Ada pun asal usul Keris Taming Sari itu ada kaitan dengan Kenabian. Itu sebab kuasa kesaktiannya amat menggerunkan. Asalnya keris itu dari mata tombak, lalu diubahsuai berbentuk keris. Dari Nabi mana asalnya tidak perlu dikhabarkan, nanti jadi kontroversi. Setelah ribuan tahun ianya terpendam disimpan oleh Kadam Jin Islam, akhirnya jatuh ketangan salah seorang Wali 7 Alam Melayu.

Siapakah Wali 7 Alam Melayu itu? Diringkaskan ada pun Wali 7 Alam Melayu itu adalah 7 beradik lelaki semua. Mereka dari warisan nasab Ali Zainal Abidin Al-Hussin, dari ibu pertama. Mereka yang pertama ditugaskan menyibarkan Islam diNusantara. Maka akhirnya mereka berhimpun sementara diBumi Melayu. Mereka diberikan tugas masing-masing, lalu keluar bertaburan berhijrah berdakwah menyebarkan Islam diserata Nusantara, termasuk negeri China.

Maka Abang Tua (Syed”…”Al-Hussin) diamanahkan pemegang keris tersebut. Abang Tua ditugaskan keJawa, untuk berdakwah menyibarkan Islam, kerana majoriti penduduk diJawa beragama Hindu. Setelah beliau berjaya mengislamkan ramai penganut Hindu Jawa, maka berita tersebut telah sampai kepada kerajaan Hindu Jawa. Maka beberapa pendita, sami Hindu yang handal lagi memakai kesaktian Jin, serta kekuatan tentera Hindu Jawa, telah ditugaskan untuk membunuh Abang Tua serta pengikutnya.

Sedang Syed”…”Al-Hussin mengimamkan satu solat dengan pengikutnya, lalu mereka diserang dengan menggunakan senjata tombak Hindu serampang tiga (trident) dan senjata lain. Lalu dibalas serangan mereka oleh Syed”…”Al-Hussin dengan senjata “Keramah Dua Jarinya” sahaja. Maka rebah mati semua mereka itu tersungkur kebumi….

Bagaimanakah kisahnya keris tersebut jatuh kepada pemerintahan Hindu Majapahit kemudian berada ditangan pendekar Taming Sari? Tidak pula diceritakan. Maka kisah Mahaguru Adi Putra, Hang Tuah dan Hang Jebat itu adalah rangkaian sebab musababnya sahaja. Kerana asalnya keris tersebut bertapak diBumi Mim, maka kembalinya semula balik keBumi Mim. Al-Asal jadi hasil, Al-Hasil balik keasal.

Dakwaan sesetengah pihak mendakwa bangsa Melayu menciplak senjata keris hak mereka, itu adalah dakwaan yang sangat jauh meleset. Setelah keris tersebut dicampak oleh Hang Tuah kelaut, maka terpendamlah keris tersebut dilaut Bumi Mim, selama-lamanya. Maka atas kuasa pemerintahan Alam Kewalian, keris tersebut tidak dibenarkan sama sekali dimiliki oleh mana-mana pihak. Kerana jika ianya jatuh ketangan pihak yang tidak bertanggung-jawab, jika disalah-gunakan, ianya lebeh banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.




Apa pendapat korang bila baca kisah ni? Sama ada taming sari itu cerita ini benar hanya Allah saja yang tahu.



sumber sini.

23 February 2012

Maaf Sebab Lambat Balas Komen

Entri ni aku nak minta maaf pada sesiapa yang komen pada entri aku di sini. Aku lambat approve komen korang disebabkan kesilapan aku pada email. Aku dengan tak sengaja telah tanda butang spam setiap komen dari intensedebate. Jadi segala komen yang perlu di approve tak masuk ke peti masuk tapi masuk ke spam. Kesilapan aku tidak check email di spam semalam.


Aku lebih suka guna komen intensedebate berbanding komen yang disediakan blogger sebab intensedebate menawarkan commentluv. Commentluv ni adalah 1 plug in yang bawa fungsi setiap kali anda komen di blog, secara automatik entri terbaru korang dapat disiarkan di bawah komen tersebut. Aku mahu bagi peluang pada korang yang komen di blog ni dapat promote entri korang melalui commentluv ni.

Kalau tak silap aku, untuk blog yang guna blogger sebagai platform, hanya intensedebate saja yang tawar commentluv ni. Masalahnya aku tidak jumpa cara-cara dekat intensedebate ni untuk setiap komen tidak perlu di approve. Agak sukar setiap orang nak tinggalkan komen kerana perlu diapprove terlebih dahulu. Dan untuk dapatkan komen yang banyak untuk setiap entri pun berkurang kerana masalah ni.

Jadi aku nak minta maaf sangat-sangat pada yang komen semalam. Aku lambat approve komen korang. Kalau ada sesiapa tahu cara setiap komen di intensedebate tak perlu di approve sila tunjuk ajar pada saya. 


















p/s: banyak sangat bahasa rojak..akan diperbaiki masa depan

22 February 2012

Wordless Wednesday #5 Mee Combat Taiping












p/s: singgah Taiping tak pekena mee combat ni tak sah.

16 February 2012

Topup RM 5 Dari Kementerian Belia Dan Sukan

Bila buka je email pagi tadi, aku terbaca 1 email dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. Email tu bagitau yang aku dapat top up percuma bernilai RM 5. Topup ni diberi pada semua belia yang ambil bahagian dalam survey pasal Parlimen Belia. Survey ni dijalankan dalam bulan 11 atau 12. Aku tak ingat sangat tarikh yang tepat.

Sebenarnya aku pun dah lupa  pasal survey ni pasal dah lama. Aku dapat tau survey ni pun dari blog joegrimjow . Nak join survey ni kita kena daftar dengan KBS. Aku sebenarnya dah berdaftar dengan KBS sewaktu aku pergi Perhimpunan UMNO. Dah alang-alang berdaftar baik aku buat je survey tu. Bukan susah pun. Isi-isi je ruang kosong.

see email tu sebagai bukti


Bila dah dapat hadiah ni terasa seperti dihargai. Lepas ni aku ingat nak lebih aktif dalam belia. Banyak aktiviti yang dijalankan beri manfaat pada aku. Bukan setakat manfaat duit je. Pada sapa-sapa yang nak join tu boleh daftar di sini  Untuk dapat maklumat lanjut tentang aktiviti di sini










p/s: rezeki jangan ditolak maut jangan dicari


15 February 2012

Nasihat Adi Putra Sempena Valentine Day

Maaf entri ni agak lambat ditulis. Sepatutnya ditulis semalam bertepatan dengan apa yang aku nak kongsikan dengan semua orang. Aku pun baru dapat tahu pasal nasihat Adi Putra ni tadi. Korang tengok dan renungkan bersama.







Ayatnya memang power sampai menusuk kalbu orang kata. Harap kita ambil pengajaran daripadanya.






ps: dapat gak update blog walaupun tiada idea

14 February 2012

Sasaran Ranking Alexa 2012

Tahun ni aku berazam untuk bagi perhatian yang lebih pada dunia blog. Walaupun blog ni dah lebih setahun tapi disebabkan kemalasan untuk update, aku biarkan blog ni bersawang untuk berbulan lamanya. Tapi tahun ni aku akan berusaha untuk update walaupun tiada idea.

Bagi blogger, ranking alexa ialah 1 penanda aras untuk mengukur kemajuan sesuatu blog. Melaluinya korang boleh tahu URL blog korang berada pada ranking berapa. Makin tinggi traffic makin tinggilah kedudukan blog korang. Sebagai contoh di Malaysia site no 1 adalah Facebook dan no 2 adalah Google. Laman web ni memang mendapat traffic yang tinggi dari pengguna di Malaysia.

Jadi tahun ni aku memasang azam untuk tingkatkan kedudukan aku mengikut ranking alexa tangga ke bawah 2000. Boleh capai ke? Tak mustahil kalau aku kerap update dan mampu tambah follower blog ni.

 

Alexa

 

Sekarang ni kedudukan blog ni hampir ke 5000 dalam Malaysia. Untuk mencapai sasaran kedudukan 2000 blog aku kena potong hampir 3000 websites. Bukan tugas mudah dan aku akan terus berusaha. Aku harap korang bantu dengan menjadi follower blog ni dan ajak juga rakan-rakan korang jadi follower blog ni. hehehe

 

 

 

 

 

 

p/s: cuti makin habis…akan kembali sibuk dengan kuliah dan assignment.

12 February 2012

Test 1 2 3

Entri ni ditulis untuk menguji Windows Live Writer (WLW) pada templates blog ni. Sebelum ni, bila tukar templates, mesti ada masalah bila nak update guna WLW ni. Ada yang tulisan terlalu kecil walaupun saiz fon biasa iaitu 11. Masalah lain spacing antara paragraph terlalu rapat sampai tak boleh bezakan paragraph baru atau paragraph lama. Macam-macam masalah lagi yang berlaku.

Aku sebenarnya lebih suka update blog guna WLW ni sebab lebih banyak pilihan dari segi fon dan saiz fon. Lagipun update blog guna WLW ni aku rasa macam  tengah buat assignment guna Word. Padahal update blog je pun.

Korang boleh download WLW secara percuma kat sini. Cubalah guna pakai WLW untuk update blog korang. Mana tau korang lagi seronok guna WLW. Tak perlulah korang buka blogger atau wordpress lagi untuk update blog. Selamat mencuba.

10 February 2012

Kisah Misteri Lelaki Bermotor Biru Part 2

Sambung cerita pasal lelaki misteri bermotor tu. Sapa-sapa yang tak baca lagi, boleh baca kat sini. Dalam entri lepas aku ada kata kejadian tu petang Jumaat waktu maghrib. Esoknya Sabtu aku kena balik ke Uitm Sungai Petani, Kedah pasal cuit mid-sem dah habis. Ahad kelas dah start. Hari Sabtu tu, aku dengan family aku bertolak lepas Subuh dari Bidor ke Kedah.

Tapi aku tak terus ke Kedah. Family aku singgah sekejap kat rumah tok aku di Semanggol Perak. Ayah aku nak pergi ke majlis Tan Sri Muhyiddin (TPM) yang datang ke daerah Kerian hari tu. So bila ayah aku pergi ke majlis tu, memang lewat la ayah aku akan balik. Mungkin petang atau malam baru aku sampai di Sungai Petani.


Kisah Misteri Lelaki Bermotor Biru

Entri kali ni aku nak cerita pasal kisah yang berlaku pada family aku. Kisah ni berlaku sekitar bulan 7 tahun 2011. Waktu tu aku tengah cuti mid-sem dan kalau tak silap aku, minggu perhimpunan Bersih 2.0 diadakan. 


Kisah ni bermula pada 1 petang hari Jumaat dalam sekitar pukul 7 malam. Dah nak maghrib. Waktu tu aku dekat rumah di Bidor Perak. Tiba-tiba ada seorang lelaki menaiki motor biru kriss bersama 2 orang anak dia bagi salam dekat rumah aku. Anak dia sorang lelaki sorang perempuan umur dalam 5-6 tahun. Rupa lelaki tu sedikit tinggi dan berkulit hitam manis.Aku ingat orang datang nak minta cop atau sign dari ayah aku. So mak aku pun keluar dari tanya ada urusan apa.

lebih kurang camnilah motor lelaki misteri tu


07 February 2012

Tips Blogger: Tempat Ping Blog

Kali ini aku nak share sikit pengetahuan aku dalam dunia blog. Apa yang aku nak share ialah tempat untuk ping blog. Bagi setiap blogger mesti nak bagi orang lain baca entri yang dibuat. Tapi macam mana nak bagi orang baca? Mudah saja dengan melalui ping. Sekarang aku nak sharekan tempat ping yang selalu aku pingkan blog aku.


Aku bahagi tempat ping pada 2 kategori. 1 untuk web dan lagi 1 untuk facebook. Senarai ping untuk web seperti dibawah :


06 February 2012

Glory Glory Manchester United

Malam tadi malam yang penuh mendebarkan. Malam tadi ada 2 game bola yang jadi tumpuan aku. Satu melibatkan Harimau Muda dan lagi satu membabitkan Manchester United. Satu berakhir dengan kekalahan dan lagi satu berakhir dengan penuh dramatik. Aku tak nak komen pasal HM pasal bagi aku HM tetap terbaik walaupun tak layak Olimpik 2012.



Sekarang aku nak cerita pasal game Man Utd lawan Chelsea. Game semalam aku layan dekat twitter je melalui tweet rakan-rakan. Maklumlah astro rumah aku takde pakej sports. First half dan awal second half memang down gila. Aku pasrah lepas Chelsea score 3-0. Fans Chelsea mula menganjing. Takpe aku tak kisah pasal aku pun suka nganjing gak bila Man Utd menang.


Gol penyamaan Hernandez yang superb!!



Tapi bila Rooney score 2 penalti, keadaan mula berubah. Fans Man Utd ramai dah mula tidur waktu kebangkitan Man Utd. Mungkin ingat Man Utd akan kalah. Tapi tidak bagi aku. Selagi tak ditiup wisel selagi tu maksud kalah tak wujud dalam hidup aku. Dan minit ke 81 Javier Hernandez score gol penyamaan. Jadi 3-3. Ramai fans Chelsea start meroyan. Tak puas hati dengan Howard Webb yang bagi 2 penalti. Lantak kome lah. Janji Man Utd menang. Puas hati aku. First half dinganjing habis game aku menganjing balik. kih kih kih. 

2
Hero Man Utd!!!!!









p/s: Forever Glory Glory Man Utd



gambar dari google

02 February 2012

Header Blog Baru

Buat pertama kalinya aku reka header untuk blog ni. Sebelum ni tak pakai header hanyalah tulisan. Tetapi selepas mendapat nasihat dari seorang sahabat mengenai templates baru ini kalau ada header lagi cantik, aku pun buat header untuk blog ni.


Menanti Keputusan Penerapan Uitm

Hari ni adalah hari penentu hidup aku. Aku akan dapat tahu keputusan pengambilan pelajar Uitm petang ini. Agak takut juga rasanya tak dapat course yang kita minta atau dapat kampus yang jauh. Aku ada tulis kat entri ini aku nak kampus mana. Tapi kalau dapat juga aku redha je.

01 February 2012

Iklan Panggung Sabtu TV3 Yang Kelakar

Tengah hari tadi waktu aku tengah layan game laptop depan TV, tiba-tiba keluar lagu Dari Sinar Mata. Mula-mula aku tak pandang iklan itu. Aku ingatkan iklan cerita ROCK atau album baru BPR. Sekali aku pandang rupanya Shah Rukh Khan tengah nyanyi. 


Dan paling buat aku gelak dengan iklan tu mimik muka dan mulut sesuai dengan lirik lagu. Memang lawak. Tema cinta hindustan dengan lagu BPR. Macam tak kena tapi TV3 mampu buat dengan baik sekali. Tahniah pada team yang buat iklan itu. Jom layan iklan tu kat bawah.









Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...