16 November 2011

Persamaan YB Thailand Dan Patrick Star

Pagi tadi atau lebih tepat tengah hari bila aku baca paper, bahagian luar negara ada topik pasal ibu negara Thailand bakal berpindah. Cuba korang baca kat bawah ni.


Ibu negara Thailand ditukar ke tempat lain?

BANGKOK 15 Nov. - Seorang wakil rakyat Thailand hari ini mencadangkan di Parlimen untuk menukar lokasi ibu negara ke kawasan yang lebih selamat daripada ancaman bencana banjir.

Menurut pakar, Bangkok yang dibina di kawasan paya, mula tenggelam secara perlahan-lahan dan banjir yang sedang melanda kini mengepung kira-kira 12 juta penduduk bandar tersebut.

Ahli Parlimen Parti Peua Thai, Sataporn Maneerat berkata, Thailand perlu menilai untuk membangunkan dan melabur di bandar lain.

"Saya bersama 19 Ahli Parlimen parti ini bersetuju dan membentangkan satu usul kepada Parlimen untuk menubuhkan satu jawatankuasa mengkaji sama ada ibu negara perlu ditukar atau Thailand memerlukan ibu negara yang kedua.

"Bangkok semakin tenggelam pada setiap tahun. Ibu negara ini berdepan pelbagai masalah ekoran bencana alam," katanya.

Menurutnya, wilayah timur dan timur laut Thailand merupakan lokasi alternatif untuk dijadikan pusat utama ekonomi dan politik negara.

Sementara itu, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra hari ini memberi amaran bahawa beberapa kawasan di kota Bangkok berkemungkinan akan ditenggelami banjir lagi pada tahun depan, walaupun air mula surut di beberapa kawasan yang terjejas.

"Secara jujurnya, sudah tentu saya mahu melihat rakyat gembira menjelang tahun baru, namun tidak berani memberi jaminan Bangkok tidak akan dilanda banjir lagi pada tahun depan, terutamanya di kawasan barat yang masih belum surut," katanya.

Sebagai usaha untuk memulihkan semula ekonomi ibu kota Thailand ini, pihak berkuasa bertungkus lumus menyalirkan banjir menerusi laluan khas yang dibina di timur dan barat wilayah ini ke laut.

"Keadaan terkini terkawal selepas banjir disalirkan ke laut, namun masih bergantung kepada keadaan muka bumi sesetengah kawasan yang terjejas," ujar Yingluck.

Bencana banjir terburuk melanda Thailand sejak Julai lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 562 penduduk terbunuh, manakala berjuta-juta rumah musnah.

Sementara itu, pihak berkuasa hari ini membuka semula taman gajah utama di Ayutthaya dengan harapan ia dapat menarik kehadiran pelancong ke negara ini selepas dilanda bencana banjir besar. - AP/AFP



Bila aku baca je benda ni aku terbayang 1 episod cerita spongebob. Korang tengok sendiri video ni.



Macam mana?ada persamaan tak? Aku tak sure sama ada YB Thailand tu ikut idea patrick atau patrick ikut dia..tak pun dia tu patrick...gurau je


sumber dari utusan dan youtube


Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...