21 November 2011

Rigid Gas Permeable Lense

Masuk hari ni dah 3 hari aku pakai contact lense. Bukan contact lense yang berharga rm40 sepasang tapi hard contact lense atau rigid gas permeable (rgp). Harga contact lense ni mencecah RM600 sebelah dan untuk sepasang dalam RM1200. Memang mahal tapi kalau dijaga dengan rapi boleh dipakai sehingga 1-3 tahun.

Sebenarnya aku pakai contact lense ni atas nasihat doktor mata disebabkan aku mempunyai masalah keratokonus. Keratokonus ni 1 penyakit berkaitan kornea yang menyebabkan kornea korang mempunyai bentuk yang berbeza dan tajam sedikit. Melalui contact lense rgp ni, kornea dapat dibentuk semula ke shape yang asal atau menahan kornea dari terus jadi tajam.

Aku menulis benda ini kerana aku lihat orang kita tak banyak mengetahui masalah berkaitan mata. Ramai kawan2 aku tanya kenapa tak buat pembedahan laser. Sebenarnya bukan semua penyakit korang boleh buat pembedahan laser.

Macam penyakit aku, 4-5 tahun lepas hanya guna contact lense saja rawatannya. Tapi baru ni, di USA dah ada treatment lain. Tapi still tak dapat sembuhkan penyakit itu. Cuma jangan jadi lebih teruk je.

Bila pakai contact lense ni, memang agak susah. Tambah pulak contact lense ni jenis hard. Memang korang akan rasa ada benda dalam mata. Memang tak selesa tapi nak buat camna kena pakailah juga. Dah lah mahal.

Lagi 1, contact lense ni nak jaga dia punyalah payah. Banyak sangat kena berhati-hati. Bagi yang baru guna contact lense aku ada video yang berguna untuk korang tips untuk pakai rigid gas permeable lense.



Aku tak tahu sama ada pakai soft contact lense sama dengan hard contact lense. Tapi aku rasa sama je kot. Tak banyak beza. Bagi beginner yang baru nak pakai itu, good luck k pakai benda ni.




p/s: aku dah pakai sejak form 3 lagi. tapi aku tak pakai. baru ni je aku rasa nak pakai balik tapi kena buat lain la .tu yang baru dapat.hehe

p/s II : segala info diatas tidak berapa tepat. Sedikit olahan dari fahaman aku apa yang diterangkan doktor pada aku. harap maklum.
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...