29 December 2011

Cerita Azam Tahun Baru

2012 tak lama lagi. Aku yakin ramai antara korang akan pasang azam barukan? Azam 2011 dah tercapai ke belum? Kalau belum, seperti biasa sila bawa ke tahun depan.

Bagi aku, memang takde azam sempena tahun baru. Azam aku tak kira tahun dan masa. Tapi yang penting tercapai walaupun ambil masa yang lama. Kadang-kadang tu tak tercapai langsung. Nasib badan.





Apasal setiap kali sambut tahun baru, mesti orang tanya “apa azam kau tahun ini”?. Buatnya tanya tak kena time mau dibalas macam ini.

“Azam aku tahun ini nak lempang kau setiap kali kita jumpa”.

Tak ke dapat sedas dekat muka. Sibuk sangat nak tanya azam orang.

Pendapat aku, azam ni sebenarnya untuk motivate diri kita sendiri. Apa target kita untuk tahun ini dan apa kita perlu kita buat untuk capainya. Contoh pelajar sekolah. Sapa-sapa yang ambil PMR atau SPM mesti ada azam untuk straight A kan?

"Cikgu azam saya nak dapat 8 A dalam PMR saya cikgu"

"Sampai mana dah kamu buat revision?"


"err..belum start lagilah cikgu. PMR kan 3 bulan lagi. Rilek la cikgu."


Ikut dialog kat atas, aku rasa baik takyah ada azam. Buang masa.


Azam ini banyak popular di kalangan kaum wanita. Dan azam yang paling popular ialah nak kurus.. Ni lagi 1 penyakit pasal azam. Kalau nak kurus tak perlu tunggu tahun baru. Bila-nila masa je korang boleh kurus.


Realistik sikit azam tu. Macam nak kerja sungguh-sungguh sepanjang tahun. Jadi hujung tahun boleh naik pangkat. Baru ada signifikan dengan tahun baru. Atau nak kumpul duit, cukup duit boleh kahwin. Kan bermakna macam itu. 


Aku taknak komen banyak pasal azam ini. Baik aku fikir apa perancangan aku tahun depan untuk blog ini.








p/s: first time aku menulis keluar dari kebiasaan. masih tak biasa. harap anda sesuaikan diri.



Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...