30 December 2011

Fibox Pengganti Shoutmix

Sedia maklum perkhidmatan percuma shoutmix akan diberhentikan dan blogger perlu beralih ke perkhidmatan berbayar menjelang Januari 2012. Ramai juga yang tak puas hati tapi shoutmix terpaksa buat begitu kerana tidak untung. 


Korang tak perlu risau bila shoutmix percuma diberhentikan. Kini sudah ada perkhidmatan yang mampu bagi cabaran pada shoutmix. Lebih menarik ianya milik anak tempatan. Perkhidmatan tersebut dipanggil Fibox. Aku dah pasang di blog ni dan uji sendiri benda ni. Memang terbaik!!



Bila aku guna shoutbox fibox ni, sewaktu aku tinggal jejak, gambar aku akan keluar di box. Bagi yang login guna facebook je yang ada gambar ni kalau tak silap aku. Bagi aku ini bagus untuk mengelakkan spam dan komen yang tak masuk akal seperti promosi iklan lucah.

Kedua kita boleh letak icon. Mungkin shoutbox lain pun boleh tapi icon disini ada pelbagai. Buat aku suka ialah ada icon yang selalu aku tengok kat 9gag. Ala icon yang trol orang tu. Icon Problem? tu la. Takkan tak tahu kot.

Sebenarnya banysk kelebihan yang aku nampak dalam Fibox ni. Tapi aku bagi 2 jelah. Kalau korang nak tau lebih lagi, cuba sendiri. Tapi bagi aku, Fibox memang puas hati. Cuma ia masih dalam beta version. Kalau dah official lauch mesti lagi banyak kelebihan. 

Pada yang nak tukar shoutbox sila guna Fibox. Aku cadang je kalau korang tak puas hati korang boleh guna shoutbox lain. Selamat bertukar.





p/s:harap takde spam kat shoutbox ni


gambar diambil dari google
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...