19 June 2012

Masalah Berkaitan Domain Baru

Baru ni dapat domain percuma dari pak cik aku yang buka kedai komputer. Dia dapat domain percuma dari HP sebab pak cik aku ni banyak berhubung dan menjual produk HP. So, pihak HP pun bagi domain percuma dekat dia. Bukan satu tapi ada dalam lebih kurang 7. Time aku pergi kedai pak cik aku, pak cik aku bagi kat aku domain tu pasal tak pakai.


Domain percuma yang aku dapat tu jenama Sharksurf. Selalunya Sharksurf ni untuk domain business bukan untuk personal web. Bila sebut business harga dia pun bukan murah. Hampir Rm799 untuk starting. Tiap-tiap tahun RM 299 untuk renew domain.

Apa yang jadi masalah sekarang ni, aku tak reti nak bina web tu. Domain dah daftar tapi nak design web tu aku tak berapa nak reti. Nak setting DNS, PHP, FTP semua benda tu tak di ajar. Bila tanya pada admin Sharksurf diorang suruh ikut je apa benda yang telah di email kan pada aku. Diorang email kat aku ialah senarai web yang berkaitan dengan domain aku seperti control panel dan total web lite. Memang aku dah ikut tapi takda arahan macam mana nak ubah DNS, FTP semua benda tu. Aku yakin DNS dan FTP adalah benda penting untuk buat domain baru.

Jadi , aku nak minta pada sesiapa yang sudi tolong selesai masalah aku sekarang ni. Korang boleh email dekat aku adib920707[at]gmail[dot]com. Harap ada yang sudi tolong

18 June 2012

Minggu Terakhir Kuliah

Pagi Isnin terakhir untuk sem ini. Terasa cepat je masa berlalu. Masih ingat lagi hari petama datang ke Uitm Shah Alam. Datang penuh azam untuk belajar. Okay aku tipu. Sedar-sedar je dah minggu ke 14 pembelajaran. Maksudnya minggu terakhir sebelum final. Hooyeah!!!!

Kehidupan di Shah Alam agak baik. Walaupun dah duduk sini lebih 3 bulan tapi aku tak pernah pergi mana-mana. Hanya pergi Jusco Bukit Raja untuk main futsal dan tengok wayang. Sunway Piramid ke, SACC ke, Pavi ke, atau mid valley langsung tak pernah jejak. Sedihnya aku :(.

Walau[pun minggu ni minggu terakhir sebelum final exam, tapi aku masih ada 2 test yang perlu diharungi. Test untuk subjek yang aku rasa aku failed untuk test pertama. Harap untuk test kali ini, aku harap aku dapat markah tinggi sekaligus untuk cover balik test hari itu.

Untuk final exam dalam 2 minggu lagi, harap aku dapat buat dengan baik. Sasaran pointer sem ni ialah 3.4. Kalau aku dapat 3.4 ke atas maka peluang untuk bawa kereta sem depan cerah. Sebab itu yang dijanjikan mak kepada aku bila aku minta nak bawa kereta. Akhir kata dari aku, doakan aku dan kawan-kawan kelas Islamic Banking A agar kami dapat pointer yang tinggi. Amin

24 April 2012

Akhirnya Blog Berupdate

Masuk minggu ni dah 8 minggu aku biarkan blog ni bersawang. 8 minggu bersamaan 2 bulan. 1 tempoh yang panjang. Sasaran 2012 untuk fokus pada blog agak sukar dicapai kalau perkara macam ni berterusan.

Sejak aku mula sambung belajar ni, memang aku takda masa untuk berblogging. Setakat blogwalking je yang aku mampu. Aku keluar pergi kelas pukul 7.30 dan balik ke rumah waktu petang dalam pukul 4 atau 6 petang. Bila balik badan dah letih nak online pun takda mood. Malam pula digunakan untuk buat assignment dan study. Jadi waktu nak online dan update blog pun takda masa.

Sekarang ni aku tengah cuti mid-sem. Jadi aku ada masa untuk update blog. Masa yang banyak ni aku nak gunakan untuk blogwalking dan update blog selagi aku mampu dan ada idea. Kadang-kadang aku terfikir macam manalah blogger lain dekat luar sana boleh update blog walaupun diorang ada kerja lain perlu dilakukan. 

Nampaknya aku kena perbaiki pengurusan masa hidup aku agar walaupun aku sibuk dengan kuliah tapi aku tetap ada masa untuk update blog. Doakan semoga aku berjaya.
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...