10 February 2012

Kisah Misteri Lelaki Bermotor Biru Part 2

Sambung cerita pasal lelaki misteri bermotor tu. Sapa-sapa yang tak baca lagi, boleh baca kat sini. Dalam entri lepas aku ada kata kejadian tu petang Jumaat waktu maghrib. Esoknya Sabtu aku kena balik ke Uitm Sungai Petani, Kedah pasal cuit mid-sem dah habis. Ahad kelas dah start. Hari Sabtu tu, aku dengan family aku bertolak lepas Subuh dari Bidor ke Kedah.

Tapi aku tak terus ke Kedah. Family aku singgah sekejap kat rumah tok aku di Semanggol Perak. Ayah aku nak pergi ke majlis Tan Sri Muhyiddin (TPM) yang datang ke daerah Kerian hari tu. So bila ayah aku pergi ke majlis tu, memang lewat la ayah aku akan balik. Mungkin petang atau malam baru aku sampai di Sungai Petani.





Tapi hari tu, ayah aku tak pergi lama. Dalam pukul 4 petang ayah aku balik ke rumah tok aku. So dalam pukul 4 tu pun family aku bertolak ke Sungai Petani Kedah. Rumah tok aku ni berhampiran tol Bukit Merah. Jadi family aku ada choice nak ikut jalan lama sampai Jawi baru masuk highway atau masuk dari Bukit Merah. Mak aku pilih masuk dari Bukit Merah tapi ayah aku nak ikut sangat jalan lama. So, kami pun ikut jalan lama.

Sampai di jalan antara Bagan Serai dengan Parit Buntar, ada road block polis. Hari tu roadblock polis memang banyak. Mungkin sebab perhimpunan Bersih 2.0 terlalu dekat. Time tengah tunggu nak lepas roadblock tu, ada 1 motor dengan 5 penumpang laju je potong line kereta. Memang tak perasan motor apa dan tak nampak orangnya. Sampai depan polis, tak kena tahan pun. Polis pun lepaskan je. Memang pelikkan terang-terang salah tapi polis tak tahan.

camnilah roadblock tu


So bila kereta family aku lepas roadblock polis tu, kami pun jalan cam biasa. Sebelum sampai Parit Buntar, mak aku ternampak motor biru bersama 5 penumpang tadi. Terus mak aku ingat lelaki bermotor yang datang ke rumah aku semalam. Bila potong motor aku, memang sah lelaki tu. Lalu kami tahan motor tu ke tepi. Bila turun dari kereta, mak aku tanya betul ke lelaki tu ada datang ke rumah aku semalam. Lelaki tu mengaku.

Ayah aku pun sembang dengan lelaki tu. Rupanya lelaki tu ada masalah dengan keluarga mertua di Selangor. So dia nak balik Kedah, kampung halaman dia. Dia ni orang susah, waktu dia nak balik Kedah tu memang takda duit banyak. Ada rm20-rm30 camtu je. Nak hantar isteri dia dengan anak-anak naik bas pun takda duit. Terpaksa naik motor. 

Bila tanya camna boleh lepas dengan roadblock polis, dia cakap dia dah kena tahan dekat Selangor. DIa cerita dekat polis masalah dia. Polis pun informkan pada polis lain jangan tahan motor dia. Lepaskan je. Bila ditanya tentang dapat tak duit dekat masjid, dia kata pengerusi masjid tak datang masjid hari tu. Dapat dalam rm20. Lepas la nak isi minyak motor. Bila tanya tidur dekat mana, dia jawab tidur di petronas Chemor. Kalau tak silap akulah. Tak berapa ingat Petronas mana.

Bila dah jumpa 2 kali lelaki ni, memang kena percaya cerita lelaki ni. Ayah aku hulurkan sedikit duit untuk tampung minyak dan makan family lelaki tu. Lepas tu lelaki tu teruskan perjalanan. Before sampai Parit Buntar kami potong motor tu balik dan lelaki tu angkat tangan pada kami. Sampai Parit Buntar traffic light merah. Kereta aku dibelakang. Motor cam biasa akan ke depan.  So motor tadi potong balik kereta aku dekat traffic light tu. Secara logiknya, kami mungkin akan potong balik motor tu walaupun dia dekat depan tapi sampai masuk ke tol Jawi tak jumpa dah motor tu. Lelaki tu hilang bersama family dia. Memang tak jumpa dah. Mungkin lelaki tu bawa family dia pergi makan. Wallahualam.

Memang pelikkan cerita ni. Terlalu banyak kebetulan. Katakan kami masuk highway dari Bukit Merah mungkin takkan jumpa lelaki tu. Atau ayah aku balik lewat dari majlis tu, pun takkan jumpa. Bagi aku hanya 1, sudah takdir rezeki lelaki tu melalui ayah aku. Mungkin di dunia ni ramai yang suka menipu tapi yang benar-benar susah juga ramai. Hanya Allah yang tahu dan kita hanya berdoa diberi petunjuk oleh-Nya mana yang betul mana yang salah. Sekian.






p/s: first time taip panjang2..letih aku menaipnya

Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...