04 March 2012

Malam Terakhir Di Rumah

Malam ni malam terakhir aku di rumah selepas bercuti selama 6 bulan. Dah lama sangat duduk rumah rasa berat hati je nak tinggalkan rumah. Tapi nak kena pergi juga demi masa depan.


6 bulan lepas aku secara rasmi tamat pengajian asasi di Uitm Kedah. Isnin ni aku akan sambung ke peringkat ijazah pula di Uitm Shah Alam. Walaupun tak dapat sambung law, tapi aku dapat perbankan islam. Pilihan aku ke-4. Walaupun pilihan pertama tak dapat tapi tetap bersyukur dapat juga sambung ke peringkat ijazah.

Inilah padahnya bila duduk rumah lama sangat tanpa ada buat apa. Bila nak sambung balik perasaan malas tu menguasai diri. Tambah pula aku tak kerja. Memang bertambah malaslah. Aku harap otak aku ni mampu menerima ilmu-ilmu baru yang aku akan terima nanti.

Pagi nanti (ahad) akan bertolak ke Shah Alam dan masuk ke rumah sewa. Harap rumah sewa okay. Hari Isnin baru pergi daftar kat Uitm. Kalau suruh masuk kelas terus masuk jela. Aku harap semua berjalan dengan lancar sampai tamat belajar.
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...