Sejak akhir, banyak pembuat komputer dan laptop memberi tumpuan dalam segmen ultrabook, Ini kerana notebook mendapat persaingan yang tinggi dari tablet. Setakat guna untuk online dan kerja-kerja ringan baik guna tablet berbanding notebook. Tablet lagi ringan, senang dibawa dan mempunyai jangka bateri yang panjang.
Sebabkan fenomena ultrabook kini makin menjadi, aku pun mula memasang impian untuk memilikinya satu hari nanti. Aku jangka ultrabook bakal menggantikan notebook dalam tempoh kurang dari 2-3 tahun lagi. Jadi tak salah untuk jadi antara orang terawal yang memiliki ultrabook. Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah harga ultrabook yang terlalu tinggi. Harga terendah dalam sekitar RM2000 hingga ke Rm3500. Memang mahal untuk student cam aku,
Ultrabook menjadi pilihan aku sebab ringan dan mudah dibawa ke mana. Kalau nak ke kelas tu tak lah berat sangat beg. Kemudian, bateri yang tahan lama. Ada setengah ultrabook boleh tahan sehingga 10 jam. Biasanya dalam sekitar 6-7 jam. Bertambah mudahlah nak buat assignment dekat library yang tak cukup plug tu. Tak perlu risau bateri akan habis dengan cepat.
Minggu lepas Acer telah lancar Ultrabook Aspire S5 model kedua selepas Aspire S5. Harga permulaan RM3499. Memang mahal tapi aku yakin model S3 akan turun harga. So boleh la aku kumpul duit sehari seringgit untuk beli S3.
Macam mana? Lawa tak? Nak tahu lebih lanjut korang leh google sendiri jenis ultrabook yang ada dekat pasaran dan korang tengok sendiri. Mana tahu ada yang berkenan dihati ke. Boleh la sambar satu.