28 June 2012

Malaysia u22 vs Taiwan u22 Live Score

Petang ni perlawanan kelayakan Piala Asia bawah 22 antara skuad Malaysia bawah 22 lawan Taiwan bawah 22. Sebelum ni skuad Harimau Muda telah menang besar ke atas Filipina dengan 7-0. Taiwan pula kalah 8-1 pada Korea Selatan.


Perlawanan ketiga untuk Malaysia. Andai menang ke atas Taiwan petang ni, Malaysia akan duduki tempat kedua dibelakang Korea Selatan dan bakal ke peringkat seterusnya. Kalau kalah dan Myanmar menang ke atas Korea Selatan, Malaysia akan jatuh ke tempat ketiga. Peluang untuk ke peringkat seterusnya masih ada cuma perlu mengharapkan pasukan tempat ketiga dari kumpulan lain tidak lebih mata berbanding Malaysia.

Dibawah ialah link untuk keputusan secara live


Kedudukan penuh Malaysia 4 Taiwan 2. 

Duit Terkoyak Tiada Nilai

Dalam minggu lepas, aku tak sedar macam mana aku dapat duit RM 5 yang terkoyak. Tiba-tiba je bila aku nak bayar guna duit RM 5 tu, cashier kedai pulangkan balik sebab koyak. Terkejut aku sebab duit yang koyak tu langsung takde nilai dah. Duit tu jadi tak bernilai sebab no siri duit tu dah hilang. Nak tukar dekat bank pun bank tak terima sebab takde no siri.



Aku pun bila dapat duit koyak ni jadi serba-salah. Nak bagi dekat orang lain dikira menganiaya orang. Tak bagi aku pula yang rugi RM 5. Pening kepala aku dibuatnya. Aku rasa aku patut simpan je duit ni. Mana tahu, lagi 30 tahun duit jenis corak ni dah tak pakai lagi, harga dia lebih tinggi dari nilai sebenar. Boleh kaya aku.

Pada sapa-sapa diluar sana, sebelum ambil duit tu, periksa la dulu duit tu kot-kot terkoyak macam ni. Kalau ada yang koyak boleh tukar. Dan pada sapa-sapa yang ada duit koyak tu, janganlah menganiaya orang lain. Tak elok menganiaya orang tau.



21 June 2012

Ultrabook Bakal Ganti Notebook?

Sejak akhir, banyak pembuat komputer dan laptop memberi tumpuan dalam segmen ultrabook, Ini kerana notebook mendapat persaingan yang tinggi dari tablet. Setakat guna untuk online dan kerja-kerja ringan baik guna tablet berbanding notebook. Tablet lagi ringan, senang dibawa dan mempunyai jangka bateri yang panjang.


Sebabkan fenomena ultrabook kini makin menjadi, aku pun mula memasang impian untuk memilikinya satu hari nanti. Aku jangka ultrabook bakal menggantikan notebook dalam tempoh kurang dari 2-3 tahun lagi. Jadi tak salah untuk jadi antara orang terawal yang memiliki ultrabook. Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah harga ultrabook yang terlalu tinggi. Harga terendah dalam sekitar RM2000 hingga ke Rm3500. Memang mahal untuk student cam aku,

Ultrabook menjadi pilihan aku sebab ringan dan mudah dibawa ke mana. Kalau nak ke kelas tu tak lah berat sangat beg. Kemudian, bateri yang tahan lama. Ada setengah ultrabook boleh tahan sehingga 10 jam. Biasanya dalam sekitar 6-7 jam. Bertambah mudahlah nak buat assignment dekat library yang tak cukup plug tu. Tak perlu risau bateri akan habis dengan cepat.

Minggu lepas Acer telah lancar Ultrabook Aspire S5 model kedua selepas Aspire S5. Harga permulaan RM3499. Memang mahal tapi aku yakin model S3 akan turun harga. So boleh la aku kumpul duit sehari seringgit untuk beli S3.




Macam mana? Lawa tak? Nak tahu lebih lanjut korang leh google sendiri jenis ultrabook yang ada dekat pasaran dan korang tengok sendiri. Mana tahu ada yang berkenan dihati ke. Boleh la sambar satu.

Pagi Terakhir Ke Kuliah

Bangun awal pagi di hari terakhir ke kuliah untuk study test kejap lagi. Hari ni adalah hari terakhir untuk ke kuliah untuk semester ini sebab esok kelas semua dibatalkan. Hari ni pun kelas start pukul 10.30 tapi terpaksa bangun awa untuk test.


Sepatutnya bangun pukul 4 pagi tapi mengantuk punya pasal pukul 6.30 baru bangun. Harap sempatlah nak study sikit. Ada 2 bab kena study lagi. Orang kata study awal pagi cepat faham sebab otak tengah segar selepas berehat panjang. Harap dapat bantu aku untuk faham dan ingat apa yang aku belajar selama ni.



1 Bab yang panjang dan memeningkan untuk hafal dan faham dalam masa yang singkat. Tapi kita cuba jela setakat mana yang kita mampu. Ada rezeki boleh jawab. Tapi harap boleh la jawab.

20 June 2012

Celotah Waktu Petang

Masuk hari ni dah hari Rabu. Tnggal berapa hari je lagi untuk minggu ni habis. Minggu depan dah mula study week sebelum final exam. Final exam pertama untuk ijazah.


Selalunya waktu kat asasi dulu, hujung sem macam ni, segala test dan assignment sudah selesai. Minggu terakhir hanya habiskan bab yang belum belajar atau buat revision atau kelas dibatalkan. Tapi time ijazah ni, minggu terakhir ni ada 3 test yang bakal diharungi. 2 test bertulis, 1 test oral untuk bahasa arab. Adui pening kepala fikir semua ni. Untuk bahasa arab kemungkinan besar akan ada kelas ganti waktu study week sebab ada bahasa arab ada 2 test lagi tak buat. Memang kena buat kelas ganti la jawabnya.

Tadi baru je selesai assignment group untuk bahasa arab. Assignment yang kena berlakon dalam bahasa arab. Baru tahu susahnya nak jadi pengarah filem. Baru buat filem pendek durasi 10 minit pun dah susah apatah lagi filem lebih 1 jam. Tapi yang pasti filem kami buat tu lebih baik dari filem kutip RM40 juta. kih kih kih.

Cukup la celoteh petang ni. Saja je nak bagi blog ni berupdate walaupun apa yang diupdate tu takde isi langsung. Takda la berserawang dan berhabuk blog ni. Esok ada 2 test yang perlu diharungi. Wish me luck!!. Okay nak pergi baca buku jap.


Wordless Wednesday- Ibu Dan Anak Kucing

19 June 2012

Masalah Berkaitan Domain Baru

Baru ni dapat domain percuma dari pak cik aku yang buka kedai komputer. Dia dapat domain percuma dari HP sebab pak cik aku ni banyak berhubung dan menjual produk HP. So, pihak HP pun bagi domain percuma dekat dia. Bukan satu tapi ada dalam lebih kurang 7. Time aku pergi kedai pak cik aku, pak cik aku bagi kat aku domain tu pasal tak pakai.


Domain percuma yang aku dapat tu jenama Sharksurf. Selalunya Sharksurf ni untuk domain business bukan untuk personal web. Bila sebut business harga dia pun bukan murah. Hampir Rm799 untuk starting. Tiap-tiap tahun RM 299 untuk renew domain.

Apa yang jadi masalah sekarang ni, aku tak reti nak bina web tu. Domain dah daftar tapi nak design web tu aku tak berapa nak reti. Nak setting DNS, PHP, FTP semua benda tu tak di ajar. Bila tanya pada admin Sharksurf diorang suruh ikut je apa benda yang telah di email kan pada aku. Diorang email kat aku ialah senarai web yang berkaitan dengan domain aku seperti control panel dan total web lite. Memang aku dah ikut tapi takda arahan macam mana nak ubah DNS, FTP semua benda tu. Aku yakin DNS dan FTP adalah benda penting untuk buat domain baru.

Jadi , aku nak minta pada sesiapa yang sudi tolong selesai masalah aku sekarang ni. Korang boleh email dekat aku adib920707[at]gmail[dot]com. Harap ada yang sudi tolong

18 June 2012

Minggu Terakhir Kuliah

Pagi Isnin terakhir untuk sem ini. Terasa cepat je masa berlalu. Masih ingat lagi hari petama datang ke Uitm Shah Alam. Datang penuh azam untuk belajar. Okay aku tipu. Sedar-sedar je dah minggu ke 14 pembelajaran. Maksudnya minggu terakhir sebelum final. Hooyeah!!!!

Kehidupan di Shah Alam agak baik. Walaupun dah duduk sini lebih 3 bulan tapi aku tak pernah pergi mana-mana. Hanya pergi Jusco Bukit Raja untuk main futsal dan tengok wayang. Sunway Piramid ke, SACC ke, Pavi ke, atau mid valley langsung tak pernah jejak. Sedihnya aku :(.

Walau[pun minggu ni minggu terakhir sebelum final exam, tapi aku masih ada 2 test yang perlu diharungi. Test untuk subjek yang aku rasa aku failed untuk test pertama. Harap untuk test kali ini, aku harap aku dapat markah tinggi sekaligus untuk cover balik test hari itu.

Untuk final exam dalam 2 minggu lagi, harap aku dapat buat dengan baik. Sasaran pointer sem ni ialah 3.4. Kalau aku dapat 3.4 ke atas maka peluang untuk bawa kereta sem depan cerah. Sebab itu yang dijanjikan mak kepada aku bila aku minta nak bawa kereta. Akhir kata dari aku, doakan aku dan kawan-kawan kelas Islamic Banking A agar kami dapat pointer yang tinggi. Amin
Silakan tinggalkan komen dibawah. Segala komen akan diapprove secepat mungkin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...